Nak buat CHEESEMILOKUT ni mudah je . yang penting kita kena rajin . Budget untuk buat cheesemilokut ni dalam Rm50 dapatlah dalam 10 bekas . Kos bahan agak mahal sebab guna krim cheese . Biasa atin buat kalau ada majlis-majlis tertentu sahaja .
![]() |
| CHEESEMILOKUT |
contoh bahan yang boleh digunakan ;-)
BAHAN WAJIB
1. Biskut deluxe crackers Hup Seng ( boleh guna biskut marrie mengikut kesesuaian selera individu )
2. Susu dutch lady low fat (boleh guna susu cair )
3. Krim cheese(500g)
4. Susu Pekat(1tin)
BAHAN TOPPING
(ditukar mengikut selera masing-masing)
2. Milo
3. Biskut Cream-O ( Buang krim ambil biskut sahaja. lagi senang beli oreo hancur )
![]() |
| biskut cream-o yang sudah dibuang inti |
---CARA PENYEDIAAN BAHAN---
1. Putar susu pekat dan krim cheese sehingga sebati.
2. Panaskan susu dutch lady
![]() |
| susu pekat dan krim cheese yang sudah diputar sehingga sebati (supecheese) |
3. Sangan/bakar badam
4. Sediakan semua bahan tadi seperti dalam gambar di bawah
5. Ambil bekas atau loyang mengikut kesesuaian . Atin prefer guna bekas macam tupperware sebab senang nak simpan dalam peti ais
---Kaedah untuk packaging---
1. Rendam biskut tadi dalam susu dutch lady yang sudah dipanaskan. Susun biskut dalam bekas secara rapat dan kemas .2. Bila dah siap susun biskut. Ambil supecheese tadi sapukan atas lapisan biskut . Jangan terlalu banyak dan terlalu sikit. Sederhana sahaja.
3. Taburkan topping atas lapisan supecheese tadi.
4. Ulang langkah 1-3 sehingga berlapis-lapis .
5. Sejukkan di dalam peti selama satu jam supaya supecheese tadi sebati dengan biskut.
6. Siap sedia untuk dipotong. Hasilnya
SELAMAT MENCUBA ;-)

































