Nak buat CHEESEMILOKUT ni mudah je . yang penting kita kena rajin . Budget untuk buat cheesemilokut ni dalam Rm50 dapatlah dalam 10 bekas . Kos bahan agak mahal sebab guna krim cheese . Biasa atin buat kalau ada majlis-majlis tertentu sahaja .
CHEESEMILOKUT |
contoh bahan yang boleh digunakan ;-)
BAHAN WAJIB
1. Biskut deluxe crackers Hup Seng ( boleh guna biskut marrie mengikut kesesuaian selera individu )
2. Susu dutch lady low fat (boleh guna susu cair )
3. Krim cheese(500g)
4. Susu Pekat(1tin)
BAHAN TOPPING
(ditukar mengikut selera masing-masing)
2. Milo
3. Biskut Cream-O ( Buang krim ambil biskut sahaja. lagi senang beli oreo hancur )
biskut cream-o yang sudah dibuang inti |
---CARA PENYEDIAAN BAHAN---
1. Putar susu pekat dan krim cheese sehingga sebati.
2. Panaskan susu dutch lady
susu pekat dan krim cheese yang sudah diputar sehingga sebati (supecheese) |
3. Sangan/bakar badam
4. Sediakan semua bahan tadi seperti dalam gambar di bawah
5. Ambil bekas atau loyang mengikut kesesuaian . Atin prefer guna bekas macam tupperware sebab senang nak simpan dalam peti ais
---Kaedah untuk packaging---
1. Rendam biskut tadi dalam susu dutch lady yang sudah dipanaskan. Susun biskut dalam bekas secara rapat dan kemas .
2. Bila dah siap susun biskut. Ambil supecheese tadi sapukan atas lapisan biskut . Jangan terlalu banyak dan terlalu sikit. Sederhana sahaja.
3. Taburkan topping atas lapisan supecheese tadi.
4. Ulang langkah 1-3 sehingga berlapis-lapis .
5. Sejukkan di dalam peti selama satu jam supaya supecheese tadi sebati dengan biskut.
6. Siap sedia untuk dipotong. Hasilnya
SELAMAT MENCUBA ;-)
2 comments:
Assalamualaikum.
Atin..tanya skit ya :) urmm, cara atin bakar badam tu camna ya?
waalaikumsalam .
maaf lambat reply..atin panggang atas api kejap je.. tak bakar pun takpe..bakar tu bagi dia tak lemau je..
Post a Comment